Syaitan (2007) - Malay Tonton Tube
Latest Movie :

Syaitan (2007)

tOjVfuT

Dalila dan Muslim yang baru berkahwin, berpindah ke sebuah apartment baru. Dipaksa kahwin oleh kedua orang tuanya dan menjadi isteri kedua, membuatkan dalila tertekan. Dalam diam Dalila masih berhubung dengan Saad, teman lelakinya yang tidak dapat menerima hakikat bahawa Dalila menjadi milik orang lain. Saat inilah, syaitan durjana memainkan peranannya menghasut Saad agar melakukan sesuatu di luar batas manusia.
Atas perancangan rapi, kereta Muslim bertembung dengan lori Mahmud, orang upahan Saad. Mahmud, terpaksa menukar rancangan ketika di kawasan kemalangan apabila kelihatan ramai orang datang membantu. Muslim di bawa ke hospital dalam keadaan koma.
Dalam komanya, Muslim dihantui kejadian-kejadian pelik yang seperti benar-benar berlaku. Setelah sedar dan dibenarkan pulang, Muslim cuba menceritakan kepada Dalila pengalaman komanya itu. Dalila cuba mengelak daripada mendengarnya dengan memberikan pelbagai alasan. Namun apa yang dilalui Muslim dalam koma mula menjadi nyata apabila sekali lagi beliau cuba dibunuh oleh Mahmud, tetapi dapat diselamatkan oleh Ana, seorang 'Anak Istimewa'.
Mahmud, dan kemudiannya Saad ditangkap polis. Dalila yang mengetahui berita penangkapan Saad melalui surat khabar, mula resah. Ketika Dalila ke kedai, Jamilah ambil kesempatan untuk masuk ke rumah Muslim lalu menceritakannya kisah sebenar dan memohon agar Muslim membebaskan suaminya, Mahmud. Muslim terpinga-pinga. Setelah Jamilah menyerahkan gambar Muslim yang hilang pada awal perkahwinannya dulu, barulah Muslim sedar apa yang berlaku selama ini. Ada pakatan membunuhnya oleh Saad dan Dalila!!!
Apakah kejadian-kejadian pelik yang dialami Muslim dalam komanya? Apakah tindakan Muslim seterusnya? Bagaimana dengan Dalila? Adakah syaitan akan terus berjaya menghasut makhluk yang bernama manusia????




Pengguna Android boleh download aplikasi kami di Google Play [KLIK]
Share this article :
Comments
0 Comments

Iklan

loading...

POP

 
Patner: ZaiRai | Layanon9 | Kepala Bergetar | Dramaterkini | ASP.re | linktotheinter | Dfm2u |
Support : Website Malay Tonton | Privacy Policy | Disclaimer
Copyright © 2011. Malay Tonton Tube - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Malay Watch
Proudly powered by Blogger