Malam Kasih Khalifah (2015) - Malay Tonton Tube
Latest Movie :

Malam Kasih Khalifah (2015)

CTBaAQI

Sinopsis
Lebih 8,000 orang menghadiri pada program Malam Kasih Khalifah anjuran Kerajaan Negeri Kedah dengan kerjasama Astro Kasih yang diadakan di Taman Jubli Emas, Jalan Suka Menanti.

Program yang diadakan itu merupakan program tanggungjawab sosial korporat pihak Astro sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Ke-87.

Program itu turut diisi dengan tazkirah mengenai kelahiran pemimpin agung iaitu Rasulullah SAW oleh Pencetus Ummah (PU) Rahmat, persembahan Cahaya Selawat dan Yang Maha Kuasa oleh Iwan Syahman, Zikir Cahaya Seluruh Alam dan Belaian Jiwa 1432 oleh Al Mawlid serta persembahan Tangis Sebatang Tamar dan Maulana oleh Daqmie.

Program yang berlangsung itu turut dimeriahkan dengan Forum ‘Anta Tanya Ana Jawab’ bersama Ustaz Haslin Baharim, persembahan Ya Allah dan Astaqhfirullah oleh Lah Ahmad di samping Forum ‘Kasih Khalifah’ oleh Ustaz Kazim Elias.

Turut berangkat ke majlis itu ialah Tunku Temenggong Kedah, Yang Teramat Mulia Dato’ Seri DiRaja Tan Sri Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah.

Hadir sama ialah Menteri Besar Kedah, YAB. Dato’ Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir dan isteri, Tok Puan Norzieta Zakaria serta Pengerusi Jawatankuasa Agama, Hal Ehwal Masyarakat India dan Siam, Sumber Tenaga Manusia dan Pelancongan, YB. Dato’ Mohd Rawi Abdul Hamid.






Pengguna Android boleh download aplikasi kami di Google Play [KLIK]
Share this article :
Comments
0 Comments

Iklan

loading...

POP

 
Patner: ZaiRai | Layanon9 | Kepala Bergetar | Dramaterkini | ASP.re | linktotheinter | Dfm2u |
Support : Website Malay Tonton | Privacy Policy | Disclaimer
Copyright © 2011. Malay Tonton Tube - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Malay Watch
Proudly powered by Blogger