Racun Menantu (2014) - Malay Tonton Tube
Latest Movie :

Racun Menantu (2014)

LM4eEdd

Sinopsis
Setelah selamat diijabkabulkan, Zain (lakonan Helmi Moin) membawa isterinya Sara (lakonan Sharifah Sakinah) pulang ke rumah dan tinggal bersama Pak Dolah(lakonan Zaidi Omar) iaitu bapa kepada Zain. Kehadiran Sara ke rumah itu membuatkan Pak Dolah terkejut akan kecantikan yang dimiliki oleh Sara sama seperti seseorang dia pernah kenal satu masa dulu. Gerak laku Sara juga seolah sengaja membuatkan Pak Dolah semakin menyimpan perasaan lain terhadap Sara. Dan hatinya mula berdetik seolah mahu memiliki Sara. Secara diam-diam, Sara benar-benar menggoda Pak Dolah tanpa pengetahuan Zain. Namun Sara sering mengadu sebaliknya pada Zain, dan Sara sering menceritakan keburukan Pak Dolah seolah Pak Dolah yang seakan mahu melakukan perkara tak elok padanya, namun Zain tidak mahu percaya. Sara semakin berani, dan di kampung itu Sara mula menunjukkan belangnya yang sebenar, di mana sebenarnya dia adalah bekas pelacur yang terpaksa kahwin dengan Zain ketika mereka ditangkap basah. Dan Sara yang berjanji pada Zain mahu berubah, sebenarnya hanyalah menggunakan kata-kata manis dan pujuk rayu untuk membuatkan Zain percaya. Satu demi satu jejaka di kampung jatuh dalam godaan Sara. Namun mereka semua tidak pernah menyampaikan perkara tersebut kepada suami Sara, Zain kerana masing-masing gembira dengan layanan yang sentiasa Sara berikan. Kejalangan Sara semakin tersebar luas sehingga ke pengetahuan Jamilah, (lakonan Izreen Azminda)seorang janda yang pernah menjadi kekasih Zain sebelum ini. Jamilah cuba untuk memberitahu Zain tentang perkara buruk yang Sara sedang lakukan. Namun Sara mendapat tahu dan dia memanipulasi semula cerita itu dan Zain kemudiannya menyuruh Jamilah menjauhkan diri dari terus menabur fitnah. Sara yang mula berdendam dengan Jamilah, mula memasang perangkap dan menggoda Pak Dolah untuk melaksanakan perangkapnya itu. Sara memberitahu Pak Dolah, jika Pak Dolah inginkan tubuhnya, Pak Dolah mesti mengikut kata-kata Sara supaya memperkosa Jamilah. Pak Dolah yang semakin diburu nafsu, mengikut kata-kata Sara kerana menantikan habuan yang dijanjikan oleh Sara. Setelah memperkosa Jamilah, Sara memberitahu Jamilah pasti akan memberitahu orang kampung dan sebaiknya Jamilah dibunuh. Pak Dolah pada mulanya tidak tergamak untuk melakukannya namun Sara mendesak Pak Dolah kerana jika tidak keadaan akan menjadi lebih rumit dan hidup Pak Dolah akan menjadi lebih teruk. Akhirnya Pak Dolah membunuh Jamilah yang sememangnya sudah tidak berdaya untuk melawan itu. Setelah mereka menguruskan mayat Jamilah, Pak Dolah mula menuntut apa yang Sara telah janjikan. Namun Sara memberitahu dia tidak mahu Pak Dolah tergesa-gesa dan gopoh kerana dia tidak mahu Zain menghidu apa-apa perkara tentang mereka. Berita kehilangan Jamilah mula membuatkan orang kampung tertanya-tanya, namun dengan mudah Sara memberitahu Jamilah mungkin membawa diri kerana cintanya ditolak oleh Zain Sementara itu Pak Dolah pula merasa semakin tidak sabar menanti janji Sara, apatah lagi bila terdengar perbualan jejaka-jejaka kampung yang masing-masing sudah tergoda dengan kejalangan Sara.Pak Dolah pulang dan memaksa Sara menunaikan janjinya. Sara memberitahu Pak Dolah dia mahu Pak Dolah melakukan sesuatu dahulu sebelum itu. Pak terkejut bila mendengar Sara mahu Pak Dolah membunuh Zain kerana Sara mengatakan dia sudah benar-benar jatuh cinta pada Pak Dolah dan tidak mahu ada halangan dari Zain. Pak Dolah berkeras tidak mahu membunuh Zain. Sara mengugutnya, jika tidak dia akan memberitahu Zain dan orang kampung bahawa Pak Dolah yang membunuh Jamilah. Pak Dolah menjadi marah dan cuba memukul Sara, tapi Sara dengan cepat menukar keadaan itu seolah-olah sebenarnya dia sengaja menjadikan keadaan itu hangat. Kata Sara, saat itu sangat sesuai untuk dia menunaikan janjinya pada Pak Dolah. Sara mula menggoda Pak Dolah, dan Pak Dolah yang memang sedang menunggu waktu itu, dengan mudah terpedaya. Pak Dolah rebah dalam pujukan Sara, dan saat itu juga Zain pulang. Sara yang mendengar kepulangan Zain, terus menjerit meminta tolong dan berpura-pura. Zain berlari masuk dan terkejut bila melihat Sara menjerit memberitahu Pak Dolah mahu memperkosanya. Pak Dolah terkejut. Zain tanpa usul periksa telah memukul ayahnya bertubi-tubi sehingga Pak Dolah separuh nyawa. Kemudian Zain menghampiri Sara dan meminta maaf kerana tidak pernah mahu mendengar aduan Sara sebelum ini. Ketika itu juga tiba-tiba perut Zain ditusuk benda tajam, Sara menikam Zain dengan sekuat hati menggunakan pisau sambil tersenyum. Sara menghampiri Pak Dolah pula lalu memijak muka Pak Dolah. Sara membongkar rahsia tentang 7 tahun yang lalu di mana Pak Dolah telah menculiknya dan menjualnya ke sempadan Thailand untuk dijadikan pelacur. Dan dia juga yang sebenarnya memerangkap Zain untuk dikahwinkan supaya dapat bertemu dengan Pak Dolah dan membalas dendam yang terpendam. Sara menusukkan pisau itu bertubi-tubi ke dada Pak Dolah. Dan ketika itu juga suara orang kampung datang ke arah rumah mereka. Lantas untuk mengelirukan suasana, Sara menghiris kaki dan tangannya sehingga luka, kemudian berpura-pura menangis meminta tolong. Dia memberitahu orang kampung, Pak Dolah telah membunuh Zain kerana Zain cuba menyelamatkan Sara dari diperkosa oleh ayah mertuanya sendiri. Sara akhirnya berpindah keluar dari kampung itu tanpa siapa pun yang mengetahui kisah sebenar. Dan dia muncul di kampung lain, bertemu dengan seorang lelaki lain lalu tersenyum sendiri, merancang sebuah perjalanan hidup baru.

DOWNLOAD FILE SINI






Pengguna Android boleh download aplikasi kami di Google Play [KLIK]
Share this article :
Comments
0 Comments

Iklan

loading...

POP

 
Patner: ZaiRai | Layanon9 | Kepala Bergetar | Dramaterkini | ASP.re | linktotheinter | Dfm2u |
Support : Website Malay Tonton | Privacy Policy | Disclaimer
Copyright © 2011. Malay Tonton Tube - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Malay Watch
Proudly powered by Blogger