Romi Cinta Julia (2014) Complete Episod 1-13 - Malay Tonton Tube
Latest Movie :

Romi Cinta Julia (2014) Complete Episod 1-13

Drama-ROMI-CINTA-JULIA

Romi Cinta Julia drama terbaru akan menyusul selepas ‘Ku Cinta Kau Seorang’ di slot Lestary, sebuah lagi drama rantaian 13 episod terbitan produksi Creative Skill Solution menampilkan gandingan pelakon-pelakon berbakat iaitu Syarul Ridzwan, Aisya Hasnaa, Aidil Aziz, Aida Aris, Esma Daniel, Leez Rosli dan ramai lagi. ‘Romi Cinta Julia’ merupakan hasil garapan sutradara, Kas Roshan bersama penulis skrip, Nieza Nahar.

Sinopsisnya. Kisah bermula apabila hubungan Julia (Aisya Hasnaa) dengan kekasihnya, Jeff (Aidil Aziz) tidak direstui oleh keluarga. Hubungan tersebut mendapat tentangan dari bapa Julia, Malik (Esma Daniel) yang bersungguh ingin memutuskan hubungan anak bongsunya dengan Jeff. Namun, tindakan Malik hanya membuatkan Jeff semakin galak ingin memiliki Julia.

Suatu hari, Jeff telah memungkiri janjinya untuk bertemu dengan Julia di sebuah pusat membeli belah. Lantas, ia membawa kepada pertemuan secara tidak sengaja antara Julia dengan Romi (Syarul Ridzwan). Tidak lama kemudian, hubungan Julia dan Jeff berlanjutan sehingga ke satu peringkat yang menyakitkan hati Malik. Julia telah ditahan pihak berkuasa kerana mengikut Jeff menyertai aktiviti sosial.

Sementara itu, Malik telah berkenalan dengan Romi di sebuah kedai buku. Keperibadian Romi begitu menarik hatinya. Pada waktu yang sama, Malik begitu marah terhadap Jeff dan membuat keputusan drastik untuk memisahkan Julia dengan Jeff. Dia tidak membenarkan Julia keluar rumah dan berhenti dari kolej tersebut.

Romi tidak mengetahui bahawa kepulangan ayahnya ke Malaysia kerana satu urusan lain yang lebih penting mengenai masa depannya. Bapa Romi, Mohamad membuka perjanjian antara beliau dengan Malik 20 tahun dahulu untuk menjodohkan Romi dengan Julia. Malik menganggap itu adalah kesempatan terbaik untuk memisahkan Julia dari Jeff sekaligus melupakan kekasihnya itu.

Julia yang nekad kerana merasakan Jeff adalah cinta sejatinya telah mengikut usul gila Jeff untuk melarikan diri dari apartment kakaknya menggunakan satu kain yang diikat bersambung-sambung. Namun, sambungan kain terputus dan Julia terjatuh. Jeff panik dan beredar, meninggalkan Julia kesakitan di situ. Julia cedera parah pada tulang belakangnya dan mungkin lumpuh untuk satu jangka masa yang tidak pasti.

Akhirnya, Romi dan Julia pun dinikahkan. Sejak menjadi suami isteri, Romi melayani Julia umpama puteri. Romi yang menyuap makanan ke mulut Julia, mendukungnya ketika perlu, malahan menyarungkan stokin ke kaki Julia. Julia yang agak dingin pada suaminya, hanya menurut tanpa punya rasa. Romi merancang untuk membawa Julia bercuti bagi meredakan tekanan pada dirinya. Namun, malapetaka melanda dalam perjalanan mereka. Romi terlelap ketika memandu menyebabkan mereka kemalangan. Apakah yang bakal berlaku seterusnya?

Saksikan drama siri Romi Cinta Julia di slot Lestary menampilkan Syarul Ridzwan, Aisya Hasnaa dan Aidil Aziz mulai 27 Februari 2014 pada setiap hari Khamis jam 9.00 malam di TV3! ‘Romi Cinta Julia’ juga boleh disaksikan menerusi portal video Tonton. Pendaftaran di Tonton adalah percuma dan kandungan video boleh ditonton di komputer, tablet atau telefon pintar anda!

Tonton





















Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5Episod 6Episod 7
Episod 8Episod 9Episod 10Episod 11Episod 12Episod 13

Pengguna Android boleh download aplikasi kami di Google Play [KLIK]
Share this article :
Comments
0 Comments

Iklan

loading...

POP

 
Patner: ZaiRai | Layanon9 | Kepala Bergetar | Dramaterkini | ASP.re | linktotheinter | Dfm2u |
Support : Website Malay Tonton | Privacy Policy | Disclaimer
Copyright © 2011. Malay Tonton Tube - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Malay Watch
Proudly powered by Blogger