Gamatisme (2015) - Malay Tonton Tube
Latest Movie :

Gamatisme (2015)

gamatisme-724x1024

Sinopsis :
Gamatisme adalah filem yang bergenre psiko seram mengisahkan kejadian yang berlaku di sekitar sebuah kolej swasta. Ia membabitkan empat sahabat iaitu Haris (Syazwan Zulkifli), Daniel (Wan Elias), Reen (Adelene Tsen) dan Jojo (Bubu 1News) yang sering mendapat gangguan misteri di asrama mereka sejak kehadiran pelajar baru bernama Zara (Nabila Huda). Misteri turut menyelubungi Zara apabila dia kerap dihantui mimpi aneh dan sering diganggu seorang wanita mengandung bersama bayinya.
Ini menjadikan semakin lama Zara berada dalam kemurungan. Haris yang menyimpan perasaan terhadap Zara cuba mendekatinya dan cuba menyelami perasaan Zara. Reen yang juga rakan sebilik Zara turut mendekatinya disebabkan rungsing dengan kemurungan Zara. Mereka berempat juga beranggapan bahawa kemunculan wanita misteri di dalam mimpi Zara itu berkaitan dengan gangguan yang dialami mereka. Sehinggalah suatu malam Jojo mati dalam keadaan mengerikan di dalam bilik air pelajar lelaki. Pada malam berikutnya, berlaku kejadian yang mengerikan apabila giliran Reen pula menjadi mangsa yang seterusnya. Haris dan Daniel iaitu kekasih Reen cuba untuk menyelamatkan keadaan Reen, namun berlaku perkara yang tidak di sangka-sangka oleh mereka.
Sesuai dengan namanya Gamatisme yang bermaksud dunia kacau, keempat-empat sahabat ini tidak senang duduk apabila dihantui kejadian misteri dan pelik ini. Paling utama, kesemuanya tertanya-tanya siapakah dan apakah tujuan wanita yang mengandung itu menghantui hidup mereka?

DOWNLOAD FILE





Share this article :
Comments
0 Comments

Iklan

loading...

POP

 
Patner: ZaiRai | Layanon9 | Kepala Bergetar | Dramaterkini | ASP.re | linktotheinter | Dfm2u |
Support : Website Malay Tonton | Privacy Policy | Disclaimer
Copyright © 2011. Malay Tonton Tube - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Malay Watch
Proudly powered by Blogger