CCTV (2015) - Malay Tonton Tube
Latest Movie :

CCTV (2015)

hqdefault

Bermula dengan kisah mengenai seorang lelaki, Hariri yang bekerja sebagai seorang juruteknik televisyen litar tertutup (CCTV). Pada satu malam, Hariri telah mendapat panggilan daripada ketuanya dan diarahkan untuk membaiki kerosakan CCTV di sebuah hospital lama. Walaupun berasa berat hati, namun dia terpaksa akur dengan arahan ketuanya itu.

Ketika sedang membaiki CCTV yang rosak di hospital berkenaan, nasib Hariri agak kurang baik apabila dia tiba-tiba terjatuh dan pengsan serta mengalami kecederaan apabila kakinya patah. Kemudian, apabila dia sedar ketika mendapatkan rawatan di hospital lama berkenaan, dia berhadapan dengan beberapa kejadian aneh yang berlaku.

Antaranya, dia bertemu dengan seorang lelaki buta yang pelik, seorang gadis kecil yang terbakar, seorang wanita Cina yang sedang sarat mengandung serta seorang doktor gila yang mengendalikan hospital berkenaan dengan caranya tersendiri.

Bagaimanapun, keanehan yang berlaku sepanjang dia berada di hospital berkenaan akhirnya terbongkar setelah Hariri melihat sendiri rakaman CCTV tentang kejadian yang berlaku di hospital itu. Ternyata rakaman daripada CCTV itu mendedahkan bahawa semua orang yang berada di dalam hospital, terutama sekali individu yang ditemuinya itu telah mati dalam satu kebakaran yang berlaku sebelum ini.

Akibat panik setelah melihat rakaman tersebut, Hariri lantas melarikan diri dari hospital itu dan cuba menuju ke sebuah van dalam usaha untuk menyelamatkan dirinya. Bagaimanapun, apabila dia dapat menghampiri van berkenaan, sekali lagi dia mendapat kejutan yang tidak disangka-sangka.

Lakonan Aeril Zafrel, Hasnul Rahmat, Ardel Aryana, Jeff Omar.

DOWNLOAD FILE SINI






Pengguna Android boleh download aplikasi kami di Google Play [KLIK]
Share this article :
Comments
0 Comments

Iklan

loading...

POP

 
Patner: ZaiRai | Layanon9 | Kepala Bergetar | Dramaterkini | ASP.re | linktotheinter | Dfm2u |
Support : Website Malay Tonton | Privacy Policy | Disclaimer
Copyright © 2011. Malay Tonton Tube - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Malay Watch
Proudly powered by Blogger