Dia Imamku 2015) - Malay Tonton Tube
Latest Movie :

Dia Imamku 2015)

KCAKyqJ

Nelly (Tunku Hanis), merupakan seorang
gadis liar sering terserempak dengan Kamal. Dia cuba sedaya upaya memikat Kamal
tetapi Kamal lebih tertarik dengan rakan Nelly iaitu Munirah (Sarah Hildebrand)

Nelly sering meminta Munirah untuk
menemannya apabila keluar bertemu Kamal. Tanpa disedari, dada Munirah begitu
kencang setiap kali memandang Kamal tetapi Munirah tidak mahu merampas lelaki
idaman rakan karibnya. Semenjak itu, Munirah mencuba untuk mengawal perasaannya
setiap kali menemani Nelly bertemu Kamal sehingga satu hari Kamal ingin bertemu
Munirah bersendirian. Ketika pertemuan itu, Kamal berjaya meyakinkan Munirah
bahawa dia tidak mencintai Nelly, malah hatinya terpaut pada Munirah.

Tidak lama selepas meluahkan
perasaannya, Kamal dan Munirah meminta restu percintaan mereka daripada Nelly.
Nelly kelihatan keberatan untuk merestui percintaan mereka dan mula berdendam
kepada Munirah. Dendam itu semakin parah apabila Munirah sering bercerita
tentang Kamal kepadanya dan mereka akan berkahwin tidak lama lagi.

Setelah setahun Kamal dan Munirah
berkahwin, Munirah akhirnya melahirkan seorang bayi perempuan yang dinamakan
Nabila dan berpantang di kampung halamannya, meninggalkan Kamal di bandar.
Termakan bisikan syaitan, Nelly mengambil peluang keemasan ini untuk merampas
semula Kamal daripada Munirah dengan memerangkap Kamal untuk menidurinya.

Hancur lebur hati Munirah tatkala
mengetahui suaminya mempunyai hubungan sulit dengan rakan karibnya. Suasana
rumahnya amat tegang dengan adegan tikam lidah antara Munirah dan Kamal
sehingga Kamal tidak percaya apabila mulutnya melafazkan kata
aku ceraikan kau Munirah Malik
dengan talak satu..

Puaskah hati Nelly yang berjaya
merobohkan masjid Kamal dan Munirah? Adakah jodoh Kamal dan Munirah terhenti
disitu sahaja?

DOWNLOAD FILE SINI






Pengguna Android boleh download aplikasi kami di Google Play [KLIK]
Share this article :
Comments
0 Comments

Iklan

loading...

POP

 
Patner: ZaiRai | Layanon9 | Kepala Bergetar | Dramaterkini | ASP.re | linktotheinter | Dfm2u |
Support : Website Malay Tonton | Privacy Policy | Disclaimer
Copyright © 2011. Malay Tonton Tube - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Malay Watch
Proudly powered by Blogger