Keluarga Pontimau (2015) Complete Episod 1-13 - Malay Tonton Tube
Latest Movie :

Keluarga Pontimau (2015) Complete Episod 1-13

Keluarga-Pontimau

Rayyan, seorang penulis novel fiksyen yang baru sahaja berpindah ke sebuah kawasan perumahan untuk memulakan novel fiksyen terbarunya. Rayyan mengalami kesukaran untuk menulis dan mengalami writer’s block. Pada suatu hari, Rayyan sedang minum secawan kopi sambil memerhati tingkah laku jiran-jirannya. Pergaduhan satu keluarga telah menarik perhatiannya. Mula timbul satu idea untuk menggabungkan watak Pontianak dan Harimau Jadian. Pelik tetapi sememangnya Rayyan gemar dengan kelainan yang dapat menjadikan jalan cerita novelnya itu lebih menarik. Lalu Rayyan memulakan penulisan mengenai “Keluarga Pontimau” yang turut menerapkan nilai-nilai murni yang dapat Rayyan perolehi menerusi pemerhatian di kawasan kejirannya itu.

Keluarga Pontimau adalah sebuah keluarga hasil perkahwinan campur Pontianak dan Harimau Jadian. Keluarga ini baru berpindah ke kawasan kejiranan baharu di Saujana Bookit. Eddy, ketua keluarga merupakan harimau jadian yang memiliki kekuatan luar biasa, berusia 150 tahun dan memakan daging mentah. Memiliki paras rupa yang agak kacak, penuh dengan keyakinan diri tetapi agak malas dan perbuatannya tidak menunjukkan kebijaksanaannya.

Berlainan pula dengan isterinya, Elvira seorang Pontianak dengan gaya elegan dan sedikit kreatif. Walau sedikit gila-gila, Elvira memiliki kekuatan yang yang lebih daripada Eddie. Elvira cuba untuk memahami dan mempelajari mengenai kehidupan manusia seperti memasak, menguruskan rumah tangga, menghias rumah dan bermacam lagi tetapi sering sahaja usahanya itu menimbulkan masalah apabila dilakukan secara berlebihan.

Mereka memiliki dua orang anak kembar iaitu Joe dan Sabrina. Joe mewarisi DNA kedua ibu-bapanya. Dia yang paling kuat, bijak dan matang diantara mereka. Joe sering memastikan keluarganya tidak menimbulkan kekecohan dan hidup seperti manusia biasa. Tidak seperti ahli keluarganya yang lain, dia hanya makan sayur dan tidak berminat dengan daging ataupun darah.

Lain pula perwatakkan anak perempuan mereka iaitu Sabrina. Sabrina berumur 20 tahun dan meningkat umur seperti hayat orang biasa, tidak seperti ibunya. Mewarisi kecantikan Elvira. Dia seorang yang diva, manja dan sering memeningkan kembarnya, Joe. Kalau dia mahukan sesuatu dia pasti akan mendapatkan tanpa peduli akan apa yang akan terjadi. Kelemahannya ialah dia akan bertukar menyerupai seekor harimau yang comel apabila malam menjelma. Dan anak bongsu mereka Baby George yang lahir setelah mereka berpindah, juga memiliki kuasa mengalihkan barang melalui minda dan juga keupayaan berkomunikasi melalui minda.

Kerana keanehan keluarga mereka juga membuatkan jiran mereka iaitu Jabar (Isma Danial) dan Julia (Yasmin Hani) ingin menyiasat mengenai Keluarga Pontimau ini. Apakah mereka dapat menyesuaikan diri dengan dunia manusia dan adakah rahsia mereka akan terbongkar?

Lakonan Keith Foo, Marsha Milan Londoh, Amelia Henderson, Sean Lje, Yasmin Hani, Isma Daniel, Julia Ziegler, Kismah Johar, Jaslin Puasa, Akhmal Rizal, Jasmine Suraya, Nurul Fatihah Ali, Lee Yvonne, Angelin Tan, Esma Daniel, Dazrin Kamaruddin.

Tonton




















Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5Episod 6Episod 7
Episod 8Episod 9Episod 10Episod 11Episod 12Episod 13


 DOWNLOAD


Pengguna Android boleh download aplikasi kami di Google Play [KLIK]
Share this article :
Comments
0 Comments

Iklan

loading...

POP

 
Patner: ZaiRai | Layanon9 | Kepala Bergetar | Dramaterkini | ASP.re | linktotheinter | Dfm2u |
Support : Website Malay Tonton | Privacy Policy | Disclaimer
Copyright © 2011. Malay Tonton Tube - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Malay Watch
Proudly powered by Blogger