Hilangnya Kasih (2016) - Malay Tonton Tube
Latest Movie :

Hilangnya Kasih (2016)

Hilangnya Kasih

Mengisahkan Qaisara dan Fuad pasangan suami isteri yang telah bercinta sejak di kolej lagi. Qaisara masih mempunyai kedua orang tuanya iaitu Pak Latif dan Mak Mah manakala Fuad adalah anak yatim. Fuad dibenci ibu mertuanya, Mak Mah kerana berasakan anaknya mampu mendapat suami yang lebih baik.

Kebahagian rumah tangga mereka direntap apabila suatu malam rumah mereka dimasuki pencuri. Berlaku pergelutan yang menyebabkan Fuad dipukul di kepala dan kakinya ditetak batang besi. Fuad berjaya diselamatkan namun dia disahkan menghidap penyakit skizofrenia iaitu sakit mental. Dia dijaga oleh Qaisara dengan penuh kesabaran.

Sebulan berlalu, Qaisara kembali bekerja dan Fuad dijaga oleh Pak Latif dan Mak Mah. Disebabkan keadaan Fuad yang di luar kawalan, dia dikurung. Penderaan mental dan fizikal yang diterimanya secara berterusan menyebabkan Fuad hilang pertimbangan. Sehingga suatu hari, Fuad hilang pertimbangan dan telah tertikam Mak Mah. Qaisara reda dengan dugaan berat yang menimpanya. Akhirnya Qaisara memohon fasakh walaupun perasaan sayang kepada Fuad tidak pernah pudar

Lakonan Janna Nick, Fezrul Khan, Normah Damanhuri, Hilal Azman, Balqish Semundur Khan, Eqbal Eisid.

DOWNLOAD FILE SINI





Share this article :
Comments
0 Comments

POP

loading...
 
Patner: ZaiRai | Layanon9 | Kepala Bergetar | Dramaterkini | ASP.re | linktotheinter | Dfm2u |
Support : Website Malay Tonton | Privacy Policy | Disclaimer
Copyright © 2011. Malay Tonton Tube - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Malay Watch
Proudly powered by Blogger