Pergilah Air Mata Ramadan (2016) - Malay Tonton Tube
Latest Movie :

Pergilah Air Mata Ramadan (2016)


Sinopsis:
Dua tahun sudah pun berlalu sejak Sufiya meninggalkan Adani dan adik-adiknya dek kerana tidak dapat bertahan dengan perangai buruk suaminya yang panas baran dan kaki pukul. Oleh kerana sering didera, Adani dan adik-adiknya nekad lari daripada bapa mereka untuk bersatu semula bersama ibu tersayang mereka.

Adani, seorang kakak yang gigih menjaga empat orang adiknya Amir, Adam, Ahmad dan Azra. Dia juga sentiasa memastikan bahawa mereka sentiasa terlindung dari menjadi mangsa deraan bapa mereka. Pada Ramadan kali ini, Adani tekad membawa lari adik-adiknya untuk menjejaki ibu mereka, Sufiya, yang telah meninggalkan mereka.

Sufiya telah berjanji kepada Adani untuk memberikan kehidupan yang sempurna kepada anak-anaknya. Dia juga telah berjanji untuk pulang kembali ke kampung demi mendapatkan anak-anaknya semula, selepas berjaya mempunyai sebuah pekerjaan yang stabil dan tempat tinggal sendiri.

Akan tetapi, setelah tiba di ibu kota, Sufiya gagal menghubungi anak-anaknya apabila dia dihalang oleh bekas suaminya, Ghani, dan nombor telefon juga tidak dapat dihubungi lagi. Sufiya juga sudah berkahwin dengan Azman, seorang pemuda yang berasal dari keluarga yang berada. Walaupun kehidupan baharu Sufiyah lebih senang berbanding dahulu, dia tetap merindui anak-anaknya.

Oleh kerana perkahwinan Sufiya dengan Azman tidak menerima restu oleh Puan Sri Zainah, Sufiya telah dilarang memberitahu sesiapa yang bahawa dia merupakan seorang janda anak lima. Namun, Sufiya tetap tidak berputus asa dan sentiasa mencuba untuk dapatkan maklumat mengenai anak-anaknya tanpa pengetahuan orang lain.

Sufiya telah pun kembali ke rumahnya di desa untuk mendapatkan semula anak-anaknya. Perasaan teruja Sufiya bertukar menjadi kecewa apabila dia mengetahui bahawa Ghani sudah pun membawa anak-anaknya berpindah ke tempat lain.

Adakah Sufiya akan bertemu anak-anaknya kembali?

Pelakon:
Dira Abu Zahar, Didie Alias, Puteri Aisyah, Fauzi Nawawi, Sharifah Aryana, Iqram Dinzly, Zara Sophia, Eunos, Fadilah Mansor, Azman Jantan

DOWNLOAD FILE

TONTON

Pengguna Android boleh download aplikasi kami di Google Play [KLIK]
Share this article :
Comments
0 Comments

Iklan

loading...

POP

 
Patner: ZaiRai | Layanon9 | Kepala Bergetar | Dramaterkini | ASP.re | linktotheinter | Dfm2u |
Support : Website Malay Tonton | Privacy Policy | Disclaimer
Copyright © 2011. Malay Tonton Tube - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Malay Watch
Proudly powered by Blogger