Gerimis Hati Asyikin (2016) - Malay Tonton Tube
Latest Movie :

Gerimis Hati Asyikin (2016)


SINOPSIS GERIMIS HATI ASYIKIN
Mengisahkan perjalanan hidup sepasang suami isteri, Zamri (Ashraf Muslim) dan Asyikin (Wawa Zainal) serta dua anak mereka yang masih kecil. Hidup secara sederhana, Asyikin bekerja sebagai pembantu farmasi berdekatan dengan kawasan perumahan mereka dan Zamri pula bekerja sebagai kerani biasa. Keadaan berubah apabila Asyikin hamil buat kali ketiga yang mana benar-benar mengganggu emosi dan mentalnya. Dia bimbang kedudukan mereka kala kegawatan ekonomi yang semakin hari tidak ubah seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Semasa kandungan Asyikin berusia enam bulan, Zamri ditimpa kemalangan jalan raya, menyebabkannya mengalami patah kaki yang memerlukan masa untuk sembuh. Situasi bertambah sulit apabila Zamri terpaksa mengambil cuti tanpa gaji sehinggalah sembuh sepenuhnya. Keadaan di rumah pula menjadi tidak terurus. Asyikin yang sarat mengandung terpaksa menguruskan kedua-dua anak mereka dan berkerja keras untuk menampung kos kehidupan mereka sekeluarga. Akhirnya, Asyikin membuat keputusan bersalin di kampung halamannya memandangkan ibunya mampu membantu menguruskan anak-anaknya pada kala Asyikin boleh menumpukan kepada kelahiran bayinya.

Pulang saja ke kampung, Asyikin bertemu dengan kawan sekolah lamanya, Manja (Zarina Zainoordin). Alangkah gembiranya Asyikin kerana beban di bahunya semakin berkurangan. Bersama Manja, Asyikin dapat kongsikan kepayahan yang sedang dialaminya. Manja pula bijak menambat hati Asyikin sehingga mereka kini kembali rapat. Kerana kekusutan dalam pengurusan rumah tangga, Asyikin menawarkan kepada Manja agar bayinya dijaga Manja sementara Asyikin mendapatkan penjaga bayinya serta menguruskan segala kesulitannya sebaik saja dia pulang ke Kuala Lumpur. Segala keputusan dibuat Asyikin tidak dikongsikan dengan Zamri menyebabkan Zamri kecewa dan hubungan mereka semakin renggang.

Sayang sekali, apa yang dijanjikan Manja adalah dusta belaka apabila Manja dan bayi Asyikin hilang tidak dapat dikesan. Rupa-rupanya Manja terbabit dengan sindiket jual bayi dan menipu Asyikin.
Kebenaran ini diketahui Asyikin apabila dia gagal menghubungi Manja. Malah, pihak berkuasa turut berusaha mengesan Manja serta mengawasi aktiviti haram berkenaan. Sehinggalah pada satu hari, tanpa diduga Manja dapat dikesan dan pihak berkuasa berjaya menumpaskan Manja. Bayi Asyikin dan Zamri ditemui dalam keadaan sihat dan selamat.

Asyikin amat kesal dengan sikapnya yang tidak bersyukur dengan rezeki pemberian Tuhan. Kesungguhan Asyikin yang mahu mencari keredaan Allah membuatkan Asyikin leka mengikut matlamat sebenar. Bagaimana pun, musibah yang melanda Zamri sekeluarga tidak sedikit pun menjauhkan Zamri daripada Asyikin, sebaliknya Zamri sebagai ketua keluarga menerima ujian itu dengan penuh tanggungajwab.

Setelah Zamri sihat sepenuhnya, dia akhirnya menerima pampasan yang banyak dan itulah hikmah di sebalik kesulitan yang mereka alami.

PELAKON : Ashraf Muslim, Wawa Zainal, Zarina Zainoordin, Ruzana Ibrahim, Muhammad Ammar, Noryati Taib, Shahrul Anwar, Ainin Batrisya,

DOWNLOAD FILE

TONTON

Pengguna Android boleh download aplikasi kami di Google Play [KLIK]
Share this article :
Comments
0 Comments

Iklan

loading...

POP

 
Patner: ZaiRai | Layanon9 | Kepala Bergetar | Dramaterkini | ASP.re | linktotheinter | Dfm2u |
Support : Website Malay Tonton | Privacy Policy | Disclaimer
Copyright © 2011. Malay Tonton Tube - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Malay Watch
Proudly powered by Blogger