Anak (2016) - Malay Tonton Tube
Latest Movie :

Anak (2016)


SINOPSIS TELEMOVIE ANAK
Mengisahkan sepasang suami isteri, Liya dan Arman yang masih lagi belum dikurniakan zuriat meskipun setelah tujuh tahun berkahwin. Keadaan ini dipandang negatif oleh saudara mara dan Haji Amir, bapa Arman.

Situasi bertambah tegang apabila bapa Arman sering mendesak dan memaksa anaknya berkahwin lagi supaya mendapat seorang cucu. Liya sedih dengan tindakan bapa mentuanya itu namun pada masa sama dia tidak berupaya untuk membantah. Mereka menjalani rawatan dan Arman didapati tidak beberapa subur selepas mereka membuat pemeriksaan perubatan. Pilihan mereka hanya dengan kaedah IVF atau persenyawaan secara sains untuk mendapatkan anak.

Haji Amir yang tidak percaya kepada kaedah sains dan terus membantah cadangan itu. Dia beranggapan tindakan anak dan menantunya itu hanya sia-sia dan tidak berkesan. Namun akhirnya Liya dan Amir berjaya melahirkan anak melalui kaedah IVF dan Haji Amir terkejut menerima perkhabaran tersebut. Adakah kehadiran si kecil berjaya mengubah pendirian Haji Amir?

PELAKON : Fizz Fairuz, Mia Ahmad, Faezah Elai, Sheila Mambo, Dato Tamimi Siregar, Liya Banks

DOWNLOAD FILE

TONTON
Share this article :
Comments
0 Comments

POP

loading...
 
Patner: ZaiRai | Layanon9 | Kepala Bergetar | Dramaterkini | ASP.re | linktotheinter | Dfm2u |
Support : Website Malay Tonton | Privacy Policy | Disclaimer
Copyright © 2011. Malay Tonton Tube - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Malay Watch
Proudly powered by Blogger