Mimbar Pencetus Ummah 4 (2016) Update Episod 1-5 - Malay Tonton Tube
Latest Movie :

Mimbar Pencetus Ummah 4 (2016) Update Episod 1-5


 Program realiti Islamik, Pencetus Ummah kembali bagi musim terbaharu bertemakan 'Penyatuan'. Seramai sembilan peserta telahpun terpilih untuk bertanding di pentas Pencetus Ummah yang kini memasuki musim keempat. Program tersebut bakal bersiaran secara langsung selama tujuh minggu mulai 27 Oktober 2016 (Khamis) jam 9.00 malam di Astro Oasis (saluran 106) serta tayangan serentak di Maya HD (saluran 135).

Musim terbaharu kali ini turut memperlihatkan pendakwah terkemuka, Prof. Madya Dato Dr. Mohd Asri Zainul Abidin atau lebih dikenali dengan nama Dr. Maza dipilih menjadi juri tetap di samping bekas penyampai radio serta pengacara popular, Fara Fauzana. Manakala penceramah terkenal, Dato’ Ustaz Badli Shah Alauddin akan menggalas tugas sebagai Mudir dan pelakon terkenal, Fauziah Nawi akan bertindak selaku Guru Persembahan. Bekas peserta Pencetus Ummah sendiri, PU Azman dan hos popular, Faizal Ismail (FBI) dipertanggungjawabkan untuk menggalas tugas sebagai Pengacara Mimbar Pencetus Ummah. Pelakon jelita, Anis Al Idrus pula akan mengemudi program ‘Serambi Pencetus Ummah’ yang bakal memaparkan aktiviti serta proses pembelajaran yang dilalui para peserta sepanjang mereka berada di Pencetus Ummah.

Terdapat sedikit kelainan dari segi format rancangan, Pencetus Ummah kali ini bakal memperkenalkan segmen perbahasan, di mana 2 peserta dengan markah terendah setiap episod akan berdebat serta menyuarakan pandangan masing-masing. Segmen perbahasan ini bakal memperlihat kebijaksanaan para peserta melontarkan idea dalam berdiskusi mengenai sesuatu isu. Kesediaan menerima pendapat orang lain serta berdebat secara berhemah membantu mengangkat konsep dakwah yang satu kepada sekalian umat sekaligus memberi fokus kepada bakat pengucapan awam serta pengisian peserta dalam menyampaikan dakwah.

Musim kali ini juga bakal memperlihatkan keupayaan peserta menjawab persoalan yang diberikan menerusi segmen ‘Soal dan Jawab’ di mana pihak produksi Pencetus Ummah akan memberi lebih penekanan kepada pengisian kandungan untuk segmen ini. Selain itu, juri jemputan juga akan diberi peluang untuk menyampaikan tazkirah masing-masing dalam cara yang tersendiri, bagi memberi lebih banyak peluang untuk peserta menimba ilmu dan mempelajari pelbagai teknik dan cara dakwah yang pelbagai.

Juara Pencetus Ummah musim keempat bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM 100,000.00 dan sebuah trofi. Manakala pemenang tempat kedua, akan membawa pulang wang tunai RM 30,000 berserta trofi dan tempat ketiga dan keempat masing-masing akan meraih wang tunai RM 20,000 dan RM 10,000.00 berserta trofi setiap seorang.

SENARAI PESERTA PENCETUS UMMAH MUSIM KE-4 2016
1. Mohamad Faris Abu Bak | 20 tahun
2. Muhammad Haris Mohd Ismail | 21 tahun
3. Raihan Husni | 26 tahun
4. Akram Ikram Taib Azamudden | 27 tahun
5. Muhammad Rozi Harun | 28 tahun
6. Abdul Latif Yahaya | 31 tahun
7. Mohd Affendi Mohamed Nor | 34 tahun
8. Zulkornain Md Rejab | 41 tahun
9. Nor Hamizi Jamaluddin | 41 tahun

TONTON
Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5Episod 6Episod 7
DOWNLOAD
Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5Episod 6Episod 7


Share this article :
Comments
0 Comments

Iklan

loading...

POP

 
Patner: ZaiRai | Layanon9 | Kepala Bergetar | Dramaterkini | ASP.re | linktotheinter | Dfm2u |
Support : Website Malay Tonton | Privacy Policy | Disclaimer
Copyright © 2011. Malay Tonton Tube - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Malay Watch
Proudly powered by Blogger