Konsert Duo Star (2016) Complete Episod 1-7 - Malay Tonton Tube
Latest Movie :

Konsert Duo Star (2016) Complete Episod 1-7


Program terbaru Duo Star bakal bersiaran bermula 25 Disember depan menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada pukul 9 malam.

Pertembungan sengit seramai lapan pasangan dari kalangan penyanyi profesional bakal menggamatkan program terbaharu terbitan Astro iaitu Duo Star.

 Lapan Pasangan Peserta Duo Star
Senarai artis yang masuk dalam pertandingan DS:

    Syamel & Ernie Zakri
    Asfan & Aweera
    Awi Rafael & Kaka Azraff
    Ila Damiaa & Yasin
    Haiza & Epul Drama Band
    Ronnie Hussein & Sarah Fazny
    Harris Baba & Ning Baizura
    Firman & Ayai


Ketua Saluran Melayu Astro, Raqim Ahmad berkata, program itu bakal memperlihatkan peserta berpadu suara dalam mencari keserasian sebagai pasangan duet bagi membuktikan bakat dan kebolehan menyanyi masing-masing.

"Duo Star berbeza dengan pertandingan yang pernah diterbitkan sebelum ini kerana menerusi program ini bakal menyaksikan pertembungan sengit penyanyi profesional secara duet," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Raqim berkata, peserta diberi kelonggaran memilih pasangan duet masing-masing dengan perbincangan bersama pihak produksi Astro.

Ini kerana kata Raqim, cabaran menyanyikan lagu duet bukan mudah selain perlu mengambil kira keserasian pasangan agar lagu dipilih dapat dipersembahkan dengan baik.

"Pihak kami sedar cabaran menyanyikan lagu duet bukan mudah kerana keserasian pasangan adalah penting dalam mencari keserasian vokal.

"Atas dasar itu kami memberi kelonggaran kepada peserta memilih pasangan duet masing-masing," ujarnya.

Sementara itu, Raqim berkata, kesemua peserta akan diadili sepenuhnya oleh juri profesional yang bertanggungjawab untuk menilai persembahan berdasarkan kriteria ditetapkan.

Juri Profesional Duo Star

    Datuk Acis (Pengarah Muzik)
    Datuk Hattan
    Adibah Noor


"Menariknya bintang duo yang mendapat markah terendah di akhir konsert akan diberi peluang kedua membuktikan mereka layak untuk terus kekal.

"Mereka akan diberi cabaran menyanyikan 'Lagu Takdir' yang dipilih oleh pihak produksi di pusingan battle sewaktu awal konsert di minggu berikutnya.

"Pasangan menyerlah akan dikekalkan untuk terus bersaing bersama peserta lain," jelasnya.

Manakala Datuk AC Mizal menggalas tanggungjawab sebagai hos Duo Star.

Hadiah Pemenang Duo Star
Juara bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 manakala naib juara RM50,000 berserta trofi.

Lebih menarik setiap minggu pasangan duo terbaik akan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM5,000 tajaan Aurawhite dan baucar Go Shop bernilai RM1,000.


TONTON
Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5Episod 6Episod 7
Episod 8Episod 9Episod 10

DOWNLOAD
Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5Episod 6Episod 7
Episod 8Episod 9Episod 10


Share this article :
Comments
0 Comments

POP

loading...
 
Patner: ZaiRai | Layanon9 | Kepala Bergetar | Dramaterkini | ASP.re | linktotheinter | Dfm2u |
Support : Website Malay Tonton | Privacy Policy | Disclaimer
Copyright © 2011. Malay Tonton Tube - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Malay Watch
Proudly powered by Blogger