Ampunkan Dosaku Mak (2011) - Malay Tonton Tube
Latest Movie :

Ampunkan Dosaku Mak (2011)


Drama terbitan Nasreen Pictures Sdn Bhd ini menampilkan lakonan terbaik Elly Suriyati sebagai Suhana perlu membesarkan anak tunggalnya Karmila (Fouziah Gous) sehingga ke menara gading. Suhana telah ditinggalkan oleh suaminya Farouk (Ridzuan Hashim) kerana tidak mahu hidup susah dan pergi memburu kekayaan di bandar meninggalkan mereka dua beranak.

Sejak itu, Hassan yang dilakonkan oleh Haryanto sentiasa menjaga kebajikan mereka berdua kerana kasihan melihat Suhana bekerja keras siang dan malam bekerja untuk menampung kehidupan anak tunggalnya. Karmila pula berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti hasil keputusan cemerlang yang diperolehinya. Hassan sama-sama membantu Suhana mencari wang untuk pengajian Karmila. Namun apabila sudah merasai hidup berasingan dengan ibu apatah lagi bergaul dengan anak orang kaya, Karmila mula lupa daratan. Ingin hidup mewah dan memiliki barangan berjenama.

Haykal (Afiz Muiz) pula secara tidak sengaja telah memperkenalkan Karmila dengan bapa ayam bernama Marco. Sejak perkenalan mereka, Marco telah memperdagangkan Karmila dan memberi kemewahan kepadanya. Namun pada suatu hari, Haykal telah meminta Karmila supaya melarikan diri kerana dia mendapat tahu Marco ingin menjual Karmila ke luar negara. Ketika cuba melarikan diri itulah muncul Suhana dan Hassan yang kebetulan tahu tentang misi ini daripada rakan sebilik Karmila. Pergelutan berlaku antara Marco, Haykal dan Karmila. Keadaan menjadi semakin cemas apabila Hassan yang mengenali Marco memanggilnya dengan nama Farouk. Adakah Marco dan Farouk merupakan orang yang sama? Dan jika ianya benar, bagaimana pula perasaannya apabila mengetahui dia telah memperdagangkan darah dagingnya sendiri?

DOWNLOAD FILE

TONTON

Pengguna Android boleh download aplikasi kami di Google Play [KLIK]
Share this article :
Comments
0 Comments

Iklan

loading...

POP

 
Patner: ZaiRai | Layanon9 | Kepala Bergetar | Dramaterkini | ASP.re | linktotheinter | Dfm2u |
Support : Website Malay Tonton | Privacy Policy | Disclaimer
Copyright © 2011. Malay Tonton Tube - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Malay Watch
Proudly powered by Blogger