Wanita Terindah (2017) - Malay Tonton Tube
Latest Movie :

Wanita Terindah (2017)


SINOPSIS WANITA TERINDAH
Mengisahkan Fahim (Fattah Amin), seorang jurugambar di sebuah syarikat penerbitan majalah yang memiliki perwatakan yang panas baran, kurang penyabar dan degil. Namun begitu, beliau yang merupakan seorang anak tunggal begitu akrab dan menyayangi ibunya (Liza Othman), sehingga menamakan wanita itu ‘Wanita Terakhir’-nya dan tiada wanita lain yang mungkin mampu menandingi ibunya.

Mungkin kerana begitu menghargai pengorbanan ibunya selama ini yang membesarkan beliau secara bersendirian, Fahim begitu terkesan apabila ibunya membawa pulang seorang anak istimewa dari pusat jagaan yang mana ibunya berkhidmat sebagai seorang sukarelawan. Fahim tidak dapat menerima kehadiran Fikri (Adam Mika) dan mula memberontak di awal kemunculan anak ini di rumahnya.

Namun begitu, rakan sekerja Fahim yang juga merupakan seorang wartawan, Nuryn (Nur Fazura) berjaya mengubah persepsi Fahim akan Fikri dan beliau kemudiannya mula menerima anak kecil ini.

Namun begitu, tatkala mereka mula meniti kebahagiaan sebagai sebuah keluarga, kecelakaan tiba-tiba menimpa keluarga ini dan Fahim kehilangan seorang insan tersayang. Bagaimanakah Fahim menerima ketentuan ini? Adakah beliau semakin memberontak sehingga melukakan hati mereka yang selama ini sentiasa berada di sisinya? Atau beliau redha dan menerima ini sebagai satu ujian dari Yang Maha Esa.

JUDUL : WANITA TERINDAH
TARIKH TAYANGAN : 2 November 2017
SIARAN : Astro First Eksklusif 480
SKRIP : Rafidah Abdullah
PENGARAH : Joon Goh
TERBITAN : Red Films Sdn Bhd & FastyleAsia
PELAKON : Fattah Amin, Nur Fazura, Liza Othman, Nik Adam Mika, Sarah Hildebrand, Samantha Kay, Ridzuan Hashim, Abu Bakar Juah

LAGU TEMA / OST
Tajuk : Aku Sayang Kamu
Penyanyi : Harissa Adlynn
Lirik : Anas Amdan and Aizat Amdan.

TONTON

Pengguna Android boleh download aplikasi kami di Google Play [KLIK]
Share this article :
Comments
0 Comments

Iklan

loading...

POP

 
Patner: ZaiRai | Layanon9 | Kepala Bergetar | Dramaterkini | ASP.re | linktotheinter | Dfm2u |
Support : Website Malay Tonton | Privacy Policy | Disclaimer
Copyright © 2011. Malay Tonton Tube - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Malay Watch
Proudly powered by Blogger